Back to Page One.

vote socialism!

psm: pilih calon
yang boleh
buat kerja

Alaf baru memerlukan calon yang berani, berprinsip dan boleh buat kerja.

Parti Sosialis Malaysia menawarkan tiga orang calon yang berani, berprinsip dan boleh buat kerja.

PSM meminta rakyat menolak calon yang hanya aktif masa musim pilihanraya tetapi memilih calon yang ada buat kerja dan konsisten.

Justeru dengan itu, PSM mempunyai satu syarat dimana calon PSM yang bertanding mesti pernah membuat kerja akarumbi di kawasan yang ditandingi untuk tidak kurang daripada 5 tahun.

Tiga orang calon PSM ialah:

  • Dr. MOHD NASIR HASHIM di P97. Parlimen Subang

  • V.SELVAM di N32. DUN Bukit Lanjan (Selangor)

  • Dr. JEYAKUMAR di N23. DUN Buntong (Perak)
Sudah tiba masanya rakyat menolak calon-calon yang hanya bertanding untuk pilihanraya kerana ingin memperkayakan diri sendiri atau semata mata ghairah nak jadi YB.

Rakyat mesti waspada tentang calon-calon sebegini.

Terdapat banyak aduan daripada rakyat setiap kali selepas tamat pilihanraya bahawa calon yang menang tak nampak batang hidungnya pun.

Justeru dengan itu calon-calon PSM akan memberikan satu persetujuan bertulis janji-janji yang akan ditandatangani oleh calon PSM sendiri.

Dengan cara ini, rakyat dapat menilai prestasi calon PSM dan jika calon kami tidak menunaikan janji, maka rakyat boleh menggunakan kertas persetujuan ini dan menghadapkan calon PSM ke mahkamah.

Pilihanraya bukan tempat untuk segelintir rakyat menjadi kaya tetapi tempat untuk perubahan polisi dan system demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Pilih calon yang berprinsip dan berani.

Kenyataan dikeluarkan oleh:

S.Arutchelvan
Setiausaha PSM

Socialist Malaysia
Are you going to vote in the 1999 Malaysian general elections?

If Yes, why?

and more ....




"Democracy gives every man the right to be his own oppressor."
- James Russell Lowell -

© 1998-1999 socialistmalaysia. All queries to the webcomrade.