Back to Page One.

Pakatan Jahat UMNO-PAS

Oleh suara sosialis

Terbongkar sudah rahsia pelampau-pelampau Islam di Malaysia! Dengan adanya rancangan untuk melaksanakan undang-undang pemulihan akidah, kononnya mahu menahan dan menghukum golongan "murtad" (meninggalkan Islam), jelas bahawa UMNO dan PAS adalah dari kumpulan yang sama.

Kedua-duanya tidak menghormati hak asasi manusia, tidak mempedulikan hak kebebasan rakyat dan hanya mementingkan diri sendiri semata-mata kerana "kuasa" yang mereka perolehi dari Tuhan. Semua wakil-wakil Tuhan itu menyangkakan tugas mereka ialah menjaga iman dan hati orang Islam di Malaysia.

Bukankah ini sikap bongkak tetapi penakut? Jika Islam itu ajaran yang benar (jutaan orang Islam pastinya yakin agama Allah adalah Kebenaran), mengapa perlu takut umatnya keluar dari agama? Apakah begitu lemah iman umat Islam sehingga sanggup meninggalkan agama semata-mata kerana pujuk rayu atau sekadar mahu kahwin atau mahu dapat projek?

Jika pemimpin-pemimpin Islam takut menghadapi kenyataan ini, mengapa begitu ghairah mahu memujuk dan berkempen supaya umat agama lain masuk Islam? Di mana keadilan yang dilaung-laungkan oleh PAS, Keadilan, Umno dan apa-apa lagi parti politik Melayu/Islam di Malaysia?

Dalam hal ini, jika rakyat Malayia (kira-kira 23 juta orang, cuma 12 atau 13 juta beragama Islam) membiarkan diri dipermainkan oleh golongan yang kononnya pakar agama, bermakna kehancuran demokrasi (yang semakin tipis), kemusnahan kebebasan (yang semakin terhakis) dan penghapusan hak agama dan kaum lain semakin dekat.

Apa yang berlaku sekarang cuma sandiwara UMNO-PAS? Kononnya tuduh-menuduh siapa lebih Islam, kononnya mengaku siapa lebih alim - sedangkan kedua-duanya sama saja.

Kedua-duanya kurang ajar kepada Perlembagaan Persekutuan, biadap kepada demokrasi, kebebasan dan hak asasi, dan tidak pernah berniat mahu mewujudkan Bangsa Malaysia bersatu tanpa mengira agama dan kaum.

Jika rakyat Malaysia belum faham dan buta lagi terhadap sandiwara yang mahu menjadikan negara ini "daulah islamiah" yang akan membunuh hak dan kebebasan kepada rakyat (ingat Iran dulu, ingat Afghanistan sekarang), bererti laungan "reformasi" hanyalah pembohongan agung di alaf baru ini.

Sememangnya Malaysia di bawah BN tidak demokratik dan penuh kepincangan.

Tetapi jika keburukan ini mahu diganti dengan segelintir manusia yang menganggap diri wakil dan jurucakap Tuhan di muka bumi, maka apa derita dan penyiksaan yang dialami umat Kristian di zaman gelap pada abad ke-15 akan berulang lagi.

Dan di alaf baru ini, umat Islam sedang melalui abad ke-15nya (tahun hijrah). Perlukan sejarah berulang lagi kerana manusia terlalu bebal untuk meluangkan sekadar 5 minit bagi merenung kebodohan masa lalu?


Blood of the Apostates

PAS leaders are not happy with UMNO's Islamic Faith Protection Bill. The fundamentalists want more than just a mandatory one-year detention at the faith inquisition camp.

The mad mullahs are frustrated that UMNO leaders dare not include the provision of DEATH penalty for apostasy!

That is why when similar bill was passed by Perlis state assembly early this year, PAS assemblymen refused to support it. There was no DEATH penalty!

If the current bill, meant for KL and states with no sultans, fails to give Umno the support of the Malays (the Malays voted for PAS in the 1999 elections), don't be surprised if DEATH penalty is included in the amended version of the bill.

UMNO just want to be in power. Apostasy is no big deal. Only a handful of Malays have converted to other religions.

Furthermore, majority of apostates are former non-Muslims who changed their faith to get married, to get contracts or to get exposure on tv and radio.

Who cares if they are killed.

Who cares if these people are executed? PAS would not complain. God has told PAS leaders that they must drink the blood of apostates if they want to erect a truly blessed Islamic state in Malaysia.

The mullahs of PAS and UMNO (and their followers in Keadilan, ABIM, JIM, universities, government agencies, government departments, privatised entities like TNB, KTM, etc, statutory bodies, etc) just want to please God.

By spilling the blood of the apostates, Malaysia will be blessed for eternity.


"Let there be no compulsion in religion."
- Quran: Surah al-Baqarah, 2:256 -

© 1998-1999 socialistmalaysia. All queries to the webcomrade.