Back to Page One.

50 Dalil Mengapa BN Tidak Bulih Jadi Kerajaan Sabah

By Peace-Loving Sabahans
  1. Janji Sabah Baru adalah janji Palsu
  2. 100 sudah jadi lebih 1000 hari, 10 persen belum belum ada yang menjadi
  3. Penggiliran Jawatan KM tidak memberi apa-apa faedah
  4. Kerajaan BN Sabah adalah atas Usaha Anwar Ibrahim
  5. Dulu UMNO bilang dosa bagi Islam kalau dibawah KM yang Bukan Islam..sekarang apa jadi?
  6. Dalam UMNO-BN, satu kampung boleh tubuh sampai sepuluh cawangan..pecah-pecah punya idealogy
  7. Kakitangan dalam Kerajaan selalu dalam delima--talampau banyak boss mahu ikut
  8. Pengagihan projek tidak adil
  9. Pemberian projek tidak manasabah
  10. Setiap jawatan yang diisi tidak mengikut perjanjian Malaysia 1963
  11. Kalau tiada kawan politik tidak dapat apa-apa termasuk projek, biasiswa, kenaikan pangkat dsb.
  12. Kerajaan Negeri Sabah BN sekarang bukan pilihan rakyat tapi kerajaan perompak.
  13. Dulu BN kata Tengku Razaleigh diberi hadiah siga yang mempunyai salib. Apakah Ku-Li sudah jadi Alim sekarang kerana kembali ke BN? Apa kah terjadi kepada laporan polis yang dibuat atas tuduhan BN dengan siga bersalib itu? Adakah orang yang membuat laporan polis itu sudah di "neutralized" atau "turned-over" oleh pihak polis atas arahan BN?
  14. BN mempunya seorang kuat angkat kaki, kuat bodek, "PungTaiKiok" yang memberi nama sendiri ia itu "C P KUI" yang hanya memburukan nama BN atas semua tulisan beliau di Akhbar dan Internet. Tulisan beliau ini sangat memalukan BN dan menjadikan mereka "LAUGHING STOCK".
  15. BN bikin jalanraya besar dan tinggi. Tetapi parit besar tepi jalan tidak buat baik baik. Tanah tertimbus parit besar lepas kerja jalanraya tidak dibersihkan balik. Kalau hujan lebat ini kali habislah rumah-rumah orang yang tinggal kiri kanan jeraya.
  16. Syarikat berpusat di KL, mau jadi Sabah revenue collecting points saja pekerja pun mau kasi kurang. Mau dapat maximum profits saja.
  17. Orang-orng muda yang berkelulusan profesional tiada dapat kerja di negeri sendiri lain yang diaorang belajar,lain kerja yang mereka kena suruh buat. Duit belanja masa belajar pun tidak dapat balik.
  18. Barang -barang keperluan asas mangkin naik, tidak lama nanti beras pun susah mau beli.
  19. Kegiatan ekonomi di sabah lembab tidak seimbang dengan negeri-negeri di semenanjung.
  20. Kerja semua mau Quality, tapi Kehidupan sendiri tiada Quality.
  21. Barang-barang mewah lagi 'High-Tech' mangkin banyak andphones,Astro, mega TV IT, Internet, macam macam bills, summons, denda, macam-macam lagi. Tapi kuasa membeli makin merosot.
  22. Pelarian dan pendatang tanpa izin masih lagi berkeliaran. Penjaja haram, Penjual rokok haram, pekerja haram semau yang haram banyak diSabah!
  23. Tuduh parti lain korrupsi tapi sendiri buat lebih tamak.. ....Seperti memperbaiki padang KK, Padang Merdeka bernilai 4 juta...sikit pun kerja...Sampai dua pokok raintree mati kena tanah liat...buang duit rakyat..Sering tuduh orang lain menghilangkan 4 billion dari Yayasan Sabah tapi tuan YS BN kena tangkap di Australia bawah lebihan duit kertas....
  24. BN Sabah mati2 mau kasih halau itu luyar dari semenanjung, itu Sagumau, tetapi itu pendatang tanpa izin, tidak ada political will mau kasih halau... Ini pegawai kerajaan sendiri kasih tau saya bah...
  25. BN bikin Jalan untuk Bandar yang sudah ada jalanraya..tetapi masuk kampung kembali ke zaman British.
  26. Harga Barang makan naik (BN...BN Banyak penipu punya system! Minyak Makan Kelapa Sawit Kekurangan konon..padahal Malaysia Pengeluar Minyak Makan terbesar Dunia. Itu Mirzan,Daim,Yusuf Sudin dan lain-lain jual Palm Oil Crude kepada Russia untuk dapat duit bail out corprate figure (kronisma nepotisma)
  27. Dalam BN yang Miskin bertambah Miskin...Yang Kaya bertambah Kaya..Rakyat Hidup Merana.
  28. BN konon jual komponi yang tidak ada untung, tapi Komponi yang ada untung pun jual juga, janji ada songliuh!
  29. Biasiswa diberikan tidak mengikut sukatan sebenar!
  30. Tidak pandai atur State Budget...Sabah kini hutang 1bilion!!! 30. Dalam BN, UMNO yang tentukan bukan orang sabah,,,sebab itu dia datang Untuk Merampas Negeri Orang.
  31. Selepas BN sabah rampas kuasa, suka buang kerja pegawai tanpa sebab yg munasabah kecuali mereka di suspek penyokong PBS...Contoh: Dtk Ginibun. Selepas itu BN menafikan tapi betul Ginibun menang kes dia dan dapat pampasan gaji yg dia harus terima...Tapi ini kerugian rakyat kerana duit yg di bayar itu bukan duit BN tapi duit rakyat.
  32. Begitu juga dengan kes GM SAFMA...Dia menang kes saman nya dan mungkin dapat pampasan dalam lingkungan RM300,000.00 tapi bukan duit BN, rakyat juga kerugian...ini disiarkan dengan penuh di Akbar Harian Express... Pengurusi lama SAFMA bekas lantikan BN sabah pula di tahan bawah ISA kerana menolong pendatang haram dapatkan blue IC...untuk tipu bila undi nanti..NAH, SIAPA YANG MALU,,,ATAU BN TABAL MUKA KAH?
  33. Susah sudah BN menang di kawasan yang dikatakan 50:50 kerana pengundi haram mereka, ia itu PI atau RI yang dapat masuk dalam electoral roll seperti di Kawang sudah di bantah dan kebanyakan di batalkan sebagai pengundi. Jadi bagi kawasan 50:50 ini, harapan BN untuk mengharapkan undi hantu sudah kurang...
  34. Abis dia bulum tau lagi buli manang di Samanjung tapi dia berkuasa pula di Sabah. Berabis dia panat berkempen di KL, tiada masa mau layan BN Sabah.
  35. Abis banyak urang UMNO Sabah sikarang sukung si Anwar.
  36. Abis banyak urang Sabah suka tukar-tukar baju apalagi baju yang berbau sudah.
  37. Di KK orang orang muda jalan jalan round emporium saja. Mau beli apa kalau poket kosong. Minum teh-terjun saja bolehlah!
  38. Hiburan orang-orang di KK harian dan hujung minggu tikam nombor ekor dan lumba kuda saja yang untung towkey juga. satu yang manang ratusan yang sapsai.
  39. The biggest sin the BN has committed is to allow the illegals to vote during the last 1994 election. Ini adalah kesalahan yang paling sirius.BN Sabah adalah penghianat dan patut di hukum. 40..BN Sabah tak boleh dibenarkan menang kerana ia akan tolong BN kL manang juga. Kita sudah tau sekarang, orang KL pun tak mau Mahakuasa...Satu siasatan dibuat oleh Times Magazine mendapati hampir 80% orang tak mau mahakuasa lagi..Bukan mesti sokong Anwar, tapi tak mau mahakuasa sahaja... ITU PENTING BAGI MEREKA..Jadi apa lagi mau kasih manang BN Sabah?
  40. BN KL yang banyak buat tipu pada rakyat........apa terjadi pada duit simpanan epf kita? diguna untuk hidupkan komponi si Mirzan Mahatur.... .....Mahakuasa kata, dulu komponi ini bila untuk banyak kasih 30% cukai keuntungan....dia kata bila komponi ini alami kemorosotan, mesti kerajaan bantu.......Tapi bagaimana dengan komponi yang lain? Bukan ka mereka pun bayar cukai juga? Kenapa yang lain tidak diberi bantuan? ...PILIH KASIH MAHAKUASA....
  41. Tamahakuasa tidak suka perubahan ekonomi menjadi lebihbaik dengan menyingkir atau membetulkan apa yang tidak baik atau salah.
  42. Konsep Win/Lose, bukan Win/Win Putus tali boleh disambung...... patah arang???
  43. Kalo kau mau fight untuk tambah royalty minyak untuk Sabah yang mimang pun hak urang Sabah, bukan Semananjung yang beribu batu jauh limpas South China Sea tapi tidak malu mau mintak sedekah siaurang punya minyak lapas itu pandai-pandai ugut tidak mau kasi turun federal funding... macam mana kau mau fight kalau Boss kau urang Semananjung? Libih-libih lagi si Mahatik? Suba' sia tanya kau...
  44. Dulu dia kasi picah-picah urang Sabah pigi ikut parti pulitik yang macam-macam (ikut bangsa), tidak sukup lagi, dia kasi picah-picah lagi kitaurang dengan sistem tukar-tukar kutua mintiri ("kutu wak" dalam Bajau KB bilang itu kutu anjing bah). Kau suka kau punya brothers and sisters satu negeri tanah tumpah darah sama kau kana kasi picah-picah itu masam? Ihh, kalau sia tidak mau. Ini kutua mentiri kau pun tau, 2 taun berabis la bah kasi kaya urang dia. Kau tinguk itu Yong Teck Lee laa kalau kau tidak pecaya.
  45. Ada kaa patut Dompok sakap tiada tanah lagi dalam Sabah? GILA BABI sudah kaa itu DOMPOK haaaaa?????? Sinting suda kau??? Cuba sia tanya kamurang, Sabah ini negeri kedua paling basar di Malaysia, hampir sama basar sama Semananjung - bukan kah? Berapa ramai penduduk Sabah - 2 juta? Berapa ramai penduduk Semananjung - 10 juta? Masam mana Sabah kehabisan tanah? Kenapa diurang tidak beranti-beranti pi timbus itu laut? Itu pantai tampat 1/3 life sia membasar (2/3 lagi di darat di Kota Belud bah) pun sikarang kala kala lagi pantai di New York. Kutur separuh mati. Mau beranang pun sia takut.
  46. Balik lagi sia tanya - kenapa Sabah sikarang numur dua uncit dari segi kekayaan di Malaysia? Padahal kita paling banyak natural resources. 5 bilion royalti minyak Sabah (itu pun sikit punya susah mau drawdown dari federal, silap sikit dia tahan), 95 billion lagi pigi mana? Masuk pukit urang Semananjung la bah. Pi bikin Menara sana sini. Projek sana sini. Sumua di Semananjung. Ihh, jangan kau sakap mau bikin support itu army atau pulis. Mungkin juga laa... tapi untuk protect sana Semananjung sija ada laaa... Kau ingat lagi di Kota Belud pun buli sampai pirate berapa tahun yang lalu? Jangan sakap laa di Pantai Timur sana, balai pulis di Semporna pun buli kana bom. Sini KK mau jalan tanga malam pun susah - takut kana rumpak. Siang-siang pun kana rumpak. Darurat masih kaa Sabah ini? Sia ingat konfrantasi sua lama abis baa? Itu oil royalty aaa, dalam 1 ringgit (yang tiada nilai pun sekarang di foreign countries) kita Sabah dapat 5 sin. Patut kah? Kawan sia bilang tidak lama kau gila babi kalau kau pikir.
  47. Tiada Objective atau fundamental yang kukuh dan jelas untuk pembangunan negeri Sabah. Yang ada cuma ingin gaut wang cepat.
  48. Sikap pemimpin yang passive,tiada kreatifviti, Seolah-olah segala pentadbiran bagaikan pepatah cina " Belayar mengikut angin " ( Khan Fuung Hang Souen )
  49. Pemimpin tidak mempunyai kuasa sebenar terlalu mengharapkan arahan menjadikan Sabah kini merupakan antara negeri yang termiskin.
From sabahforum.


email webmaster for updates!