Back to Page One.

bn
kerajaan
korup

parti sosialis malaysia (psm) has forwarded this message to some of their friends, including us. since their arguments are quite similar to ours, we have decided to include the article on this site. hope you will enjoy reading their "alternative" view.

Pertama kita didedahkan tentang sifat-sifat korupsi, kronisme dan nepotisme di kalangan menteri-menteri yang rapat dengan Dr. Mahathir Mohamad seperti Rafidah Aziz, Megat Junid dan Daim Zainuddin dan kini pula wujud pendedahan dari bekas Penolong Gobenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid yang mendakwa Anwar Ibrahim mengawal lebih kurang 20 master account berjumlah lebih kurang 3 billion ringgit.

Seterusnya ada juga satu salinan nama orang-orang yang kononnya kroni Anwar. Walaupun dakwaan-dakwaan ini ada yang susah dipercayai namun ia menimbulkan pelbagai persoalan.

Hanya ada satu kesimpulan sahaja yang boleh dibuat berdasarkan kenyataan-kenyataan ini iaitu ialah pemimpin-pemimpin Barisan Nasional semuanya korup belaka. Ini sahaja persamaan yang boleh kita buat daripada dakwaan-dakwaan ini. Ini sahaja garis-garis yang bertembung.

Apabila Murad mendakwa tentang Anwar, secara tidak langsung beliau mendakwa pemimpin BN adalah korup dan sistem kerajaan membenarkan korupsi ini berjalan. Dakwaan Anwar terhadap Mahathir dan dakwaan Mahathir terhadap Anwar juga antaranya selalu berkisar terhadap isu rasuah, salahguna kuasa dan korupsi.

Sedang rakyat Malaysia menilai siapa yang baik dan siapa yang jahat atau menilai siapa yang jahat dan siapa yang lebih jahat, jangan kita lupa bahawa kesimpulan yang boleh kita buat ialah semasa Dr Mahathir dan Anwar menerajui kerajaan Barisan Nasional dan parti UMNO, maka wujud banyak isu penyelewengan wang, rasuah dan korupsi.

Bagi orang-orang di tepi jalan, cerita-cerita ini amat seronok. Ada orang cakap, kalau Anwar ada 3 billion maka berapa billion pula Mahathir atau Daim ada dalam akaun. Manakala jika Anwar ada simpan 6 kotak mesti Mahathir pun ada simpan beberapa kotak rahsia mengenai Anwar. Orang biasa, biasa percaya banyak perkara tetapi mereka ikhlas dan melihat sesuatu perkara secara terus.

Sedang kita asyik berseronok bercerita tentang dua orang individu, jangan lupa bahawa mereka berdua adalah pemimpin tertinggi UMNO dan BN. Ini merupakan sebab terpenting kita perlu menolak UMNO dan BN kerana BN dan UMNO dipenuhi oleh cerita penyelewengan wang dan kuasa.

Sistem BN telah mewujudkan korupsi dan salahguna kuasa yang begitu tebal. Sistem ini perlu diganti tetapi mungkin buat masa ini parti yang memperjuangkan sistem begini perlu diganti dahulu.

Nota: Rencana di atas dibuka untuk perdebatan. Sila kemukakan pendapat anda dan apa yang anda fikirkan kepada parti sosialis malaysia atau lawatlah laman psm.


"When the rich make war it's the poor that die."
- Jean-Paul Sartre -

© 1998-1999 socialistmalaysia. All queries to the webcomrade.